Get total access to Apple TV+. Stream star-studded Apple Originals and more.- New Episode Every FridayIn a darkly funny future, a rogue robot hides a secret while defending scientists…and binge-watching soap operas.
Movie Magic on Apple TV+
Roll out the red carpet for these star-studded Apple Original films.
Tonton di sini dan di TV anda.
Cari Apple TV+ di app TV, tersedia pada peranti Apple, TV pintar, web dan banyak lagi.
Tonton di mana sahaja.
Lihat semua cara untuk menonton Apple TV+Soalan? Jawapan.
Apakah itu Apple TV+?
Apple TV+ ialah perkhidmatan penstriman daripada Apple. Ia menampilkan rancangan dan filem Apple Original eksklusif daripada beberapa bakat terkemuka industri, dengan tayangan perdana baharu setiap bulan. Semak imbas semua kandungan yang tersedia di Apple TV+ dalam app Apple TV pada tab “Apple TV+” atau di sini melalui tv.apple.com.
Berapakah kos Apple TV+?
Harga mungkin berbeza bergantung pada tawaran yang anda pilih. (1) Jika anda membeli peranti Apple, Apple TV+ termasuk percuma selama 3 bulan.1 (2) Langganan bulanan hanya RM29.90 setiap bulan selepas tujuh hari percubaan percuma.2 (3) Apple TV+ termasuk dalam Apple One, yang menggabungkan hingga lima perkhidmatan Apple lain dalam satu langganan bulanan. (4) Pelan Pelajar Apple Music termasuk langganan percuma Apple TV+.3
Bolehkah saya mendapatkan Apple TV+ secara percuma?
Terdapat beberapa cara untuk mencuba Apple TV+ secara percuma. Pertama, cuba 7 hari Apple TV+ secara percuma dengan memulakan percubaan di app Apple TV pada iPhone, iPad, Apple TV 4K atau HD atau pada sebarang peranti penstriman. Jika anda telah membeli perkakasan Apple baru-baru ini yang termasuk percubaan percuma selama 12 bulan, 6 bulan atau 3 bulan atau percubaan percuma Apple TV+ yang lain, tawaran ini akan tertera di app Apple TV secara automatik apabila mendaftar masuk ke Akaun Apple yang dikaitkan dengan pembelian perkakasan terbaru anda.
Di manakah boleh saya menonton Apple TV+?
Apple TV+ ialah langganan penstriman eksklusif yang tersedia dalam app Apple TV. Anda boleh menemukan app Apple TV pada kebanyakan peranti Apple kegemaran anda. Selain itu, cari app pada kebanyakan TV pintar, peranti penstriman, konsol permainan dan sesetengah kotak kabel terpilih.
Apakah rancangan dan filem yang boleh saya tonton di Apple TV+?
Dengan Apple TV+, anda boleh menonton rancangan dan filem Apple Original yang dibuat secara eksklusif untuk Apple. Keluaran baharu ditambah setiap bulan yang boleh anda layari dalam app Apple TV atau di tv.apple.com. Anda akan menemukan rancangan seperti Ted Lasso yang memenangi Emmy, The Morning Show yang mendapat pengiktirafan kritikal dan komedi gelap seperti Bad Sisters. Apple TV+ juga mempunyai rancangan popular seperti Severance, Slow Horses dan For All Mankind, serta filem seperti pemenang Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik CODA dan rancangan hebat seperti Greyhound, Swan Song, Wolfwalkers dan banyak lagi.
Bolehkah saya berkongsi Apple TV+ dengan keluarga saya?
Ya. Apple TV+ membolehkan anda berkongsi langganan anda dengan maksimum lima ahli keluarga.